22 CIRI ORANG M’YINTAI KAMU ….

September 6th, 2009

22 CIRI ORANG M’YINTAI KAMU
Current mood: loved
Category: Life

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…

Tawaran Murah! Miliki Web Perniagaan Hari Ini Juga..

April 8th, 2009

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya ada satu pengumuman buat anda semua. Hari ini saya baru sahaja melancarkan satu lagi rangkaian perniagaan internet saya iaitu http://www.MercuNiaga.com .

Rangkaian Perniagaan Internet kali ini menawarkan servis-servis membina web minisite dan lain-lain lagi.

Oleh itu sempena pelancaran web MercuNiaga.com, kami ingin menawarkan pelbagai tawaran harga yang sangat menarik.

Antaranya:

Pakej Budget

- 1 Minisite

- 1 Flash Header*

- Footer

- Testimonial Box

- Background Graphic

- Order Button

- Signature

- 1 Contact Form

- 1 Banner

Harga Sebenar: RM109

HARGA PROMOSI: HANYA RM80 !

Keunikan kami adalah design serta keunikan header kami adalah flash yang mampu menarik perhatian..

Serahkan kepada kami untuk menarik perhatian bakal pembeli produk anda !

Namun saya tawarkan HANYA 6 ORANG SAHAJA untuk tawaran sempena pelancaran web servis kami.

Malangnya, kami juga membuka tawaran yang sama kepada beberapa forum lagi. Selepas quota 6 orang penuh maka kami akan tutup harga tawaran ini.

Cepat! Jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk mendapatkan web minisite yang menarik daripada kami..

Jom kita lihat setiap pakej serta harga promosi di http://www.mercuniaga.com/services.html

Kita harus bersatu

April 5th, 2009

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan untuk memberi sedikit coretan didalam blog ini. Sudah bertahun blog ini beroperasi, alhamdulillah blog ini ada pembacanya sendiri. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti blog ini pasti dapat rasakan bagaimana saya harungi segala pahit dan manis.

Segala pahit dan manis akan menjadi satu lipatan sejarah dalam hidup kita. Hari kian berlalu sehari demi sehari. Umur kita kian berginjak sedikit demi sedikit. Namun kita harus bersyukur kerana kita masih lagi diberikan hidup sampai hari ini. Peredaran zaman kian berlaku dari kecil hinggalah aku dewasa.

Aku sentiasa bersyukur kerana dimana aku dihina, pasti ada yang masih terus menyokong. Teringat aku pada zaman ingin mengikuti pengajian diploma. Course yang aku ambil merupakan antara course yang paling susah didalam kolej. Aku akui agak payah untuk aku mengikuti course sebegitu kerana cabarannya sgt getir. Bayangkan dari lebih 60 orang, yang tamat pengajian hanya tinggal 14 orang sahaja termasuk aku. Dari 14 orang ini merupakan bukan pilihan untuk berjaya.

Aku masih ingat lagi kata-kata lantang seorang pensyarah aku ketika semester 2, yang menggangap aku takkan berjaya mendapat segulung diploma. Kata2 pensyarah tersebut bersaksikan semua pelajar(rakan2ku) yang ada didalam kelas tersebut. Ketika itu aku sangat down tapi alhamdulillah kengkawanku banyak memberi dorongan dan sokongan. Jasa mereka takkan aku lupa. Insyaallah. Terus terang ingin aku katakan yang aku sedikit pun tidak berdendam dengan pensyarah tersebut sehingga hari ini. Cuma aku mohon dihalalkan segala ilmu yang diberi selama ini. Dengan kata2nya juga aku bangkit dari lenaku sebentar.. Akhirnya segala2 berubah apabila aku practikal dan aku buktikan bahawa insan istimewa seperti aku jua mampu dan mempunyai bakat seperti insan sempurna lain.

Aku bekerja sebentar namun aku mengambil langkah drastik dengan membina langkahan sendiri. Langkahan sendiri bermaksud aku mengambil keputusan bekerja sendiri. Kiranya bisnes lah.

Ketika itu ramai yang menggangap mampukah insan seperti aku melangkah sendirian secara berdikari. Ada yang merasakan aku tidak cukup berpengalaman untuk bergerak secara sendiri.

Memang aku akui ketika itu aku tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Tetapi aku percaya aku mempunyai kemahiran yang orang lain tiada. Aku terus mencari kekuatan diri agar terus tabah dan sabar.

Ada yang mengatakan aku tidak mampu bertahan selama 3 bulan pun didalam perniagaan. Tetapi alhamdulillah aku mampu bertahan lebih dari 1 tahun sehingga hari ini.

Teringat aku akan kata2 seorang bekas rakan sepejabat aku dahulu ketika aku approach nak pasarkan segala kerepek hasil kampungnya untuk dipasarkan secara online mahupun offline (komersial) tapi dia terus membantah dengan lantangnya:

Apa barang aku wat bisnes dengan kau, lebih baik aku wat bisnes dengan kawan aku engineer dekat syarikat telekomunikasi besar, CEO……

Mungkin dia menggangap itu hanya sekadar “idea bodoh”. Dia lupa bahawasanya hanya orang bodoh akan terus membantah tanpa berfikir. Sedangkan duit sampingan saya ketika itu sahaja telah melebihi gaji bulanan utk org yang 3 tahun bekerja.

Sememangnya kata2 seperti itu amat perit tapi alhamdulillah ada kengkawan yang masih sudi membantu ketika aku kesusahan. Kita harus bersatu, bukan sekadar bijak berkata kosong. Bila kita saling membantu, banyak bangsa kita akan terus maju.

Terima kasih buat semua kengkawanku yang membantu sehingga hari ini. Hanya Allah mampu membalas jasa anda. Insyaallah..

Agak panjang coretan kali ini..

Salam

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -

Lirik Camelia - Irwansyah

March 23rd, 2009

Camelia maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakan aku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia…

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku

*Kalau ada masa layari http://www.kedaimember.com/perfume

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -

Menjana pendapatan part time dengan youthsays

March 17th, 2009

Everyday, you say something.

You SMS, chat online, and talk to your friends and family.

What if you got rewarded for your say?

More than 133,464 young Malaysians and I have been active in this community and I thought you would want to check it out.

How does it work?
* Get paid when you take surveys, help businesses and society serve you better.
* Meet like minds and influence others as you discuss your interests, current issues in the group discussions.
* Help young Malaysians with their questions. Or ask one of your own!

It’s actually quite addictive and you can earn a bit of money on the side. Till date, members have earned a total of RM 150,205.

You have to see it for yourself!

http://youthsays.com/go/ch6

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -

Maal Hijrah, Tahun Baru dan Jiwang ker??

January 1st, 2009

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikan.. Tahun 2008 telah melabuhkan tirainya dan tahun 2009 menyambut tiba.. Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua pembaca blog ini serta semua yang mengenali ataupun baru mengenali diriku ini.. Dikesempatan ini saya memohon maaf andai ada terkasar bahasa, kata-kata yang tidak terbalas, mesej atau testi yang tidak terbalas, email yang kadangkala terlepas pandang, dan apa saja yang boleh membuatkan anda terguris hati.. Nanti ada pulak orang kata perasan macam artis pulak.. Hahaha.. Baiklah pelbagai suka duka serta pahit manis yang saya lalui sepanjang tahun 2008..

Alhamdulillah, bagi semua azam pada tahun 2008, kebanyakkannya tercapai.. Diharap 2009 lebih menyinar lagi harapnya.. Insyaallah..

Baiklah, sepanjang tahun 2008 ini juga, blog friendster ini telah menjangkaui usia 4 tahun.. Pejam, celik, dah lama rupanya blog ini.. Nak masuk tadika rupanya.. Hehehe..

Blog ini saya lebih tertumpu kepada luahan, permahatian dan alam sekeliling kadangkala kita sendiri leka.. Namun ianya adalah pendapat saya, ia terpulang bagi pendapat bagi setiap individu yang membaca blog ini.. Alhamdulillah sepanjang tahun 2008, ini antara respon yang saya dapat..

“Nice blog…. add me… ——@yahoo.com.my “

“nice poem.. rily like it.. bt satu untuk sy.. thanks..”

“awk trus berkarya tau… sbb sy antara yg akn membaca karya2 awk…”

“adik..akak add ur blog kat blog akak tau..huhu.. rajin nak baca…”

“aku respect kat ko coz ada la gak member yang fikir jauh”

* Petikan ini adalah asli ok

Dan pelbagai lagi respon yang menarik..

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah mengharap atau meminta sebarang respon atau maklum balas dari pembaca tetapi mereka sendiri yang memberi sokongan.. Mereka jugalah antara tulang belakang untuk saya terus berkarya didalam blog ini atau dimana sahaja..

TETAPI

Tidak dinafikan ada juga yang kata saya nie JIWANG.. Apa sebenarnya diklasifikasikan bagi pepatah ”JIWANG”?? Mengapa kadangkala mentaliti kita menghargai karya bangsa kita JIWANG?? Tetapi megah untuk menghargai karya negara luar?? Mungkin anjakan paradigma perlu untuk mengalihkan fokus mentaliti kita.. Namun saya terima ada yang klasifikasikan saya sebagai JIWANG.. Sekurang-kurangnya bermakna dia orang baca gak yer.. Hehehe..

Apa-apa pun doakan saya semoga terus lebih sukses.. Saya juga doakan yang terbaik buat anda.. Insyaallah..

Oklah.. Salam

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -

Bila orang berkata anda tidak layak..

December 1st, 2008

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar kepada semua pembaca?? Diharap anda semua sihat sejahtera.. Maaflah kerana dah lama tak update blog ini.. Begitu banyak komitmen yang harus diselesaikan dulu.. Blog ini cuma satu wardah perkongsian kita bersama sahaja.. Alhamdulillah, semakin hari, semakin ramai yang menghargai segala karya saya.. Segala pendapat positif anda, saya jadikan sumber inspirasi untuk terus berkarya lagi.. Ya, kerana anda saya masih lagi berkarya.. Andai satu hari nanti tiada yang ingin melihat segala karyaku, terpaksalah saya tutup blog friendster ini.. Hehehe..

Tetapi sebagai manusia, pasti ada yang merasakan segala karya penulisan ini sebagai “jiwang”.. Bagaimana kita klasifikasikan sesuatu itu sebagai jiwang?? Bersyukur kerana akhirnya mereka dapat menerimanya malahan terus menyokongnya..

Baiklah berdasarkan tajuk post kali ini.. Pernah tak ada orang berkata anda tidak layak……………………….?? Jika ada mereka yang berkata begini, mungkin mereka cuba menjatuhkan atau menggagalkan misi anda.. Cuba kita fikir dulu keupayaan diri kita.. Fikir bahawa kita layak atau tidak.. Jika kita yakin bahawa kita layak melakukannya, kita terus kepada fokus dan jangan fikirkan tentang kata-kata yang boleh melemahkan kita.. Seandainya kita berasakan bahawa benar kita tidak layak.. Berterima kasihlah kepada mereka yang berkata tadi kerana telah menyelamatkan kita dari kancah yang tak diingini..

Jika mereka sengaja berkata berunsurkan dengki, terima kasih juga kepada mereka.. Kerana dengan kata-kata merekalah kita mampu melonjak ke satu tahap yang kita banggakan..

Oklah.. Salam

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -

Lirik Lagu Layu - Malique

November 20th, 2008

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -

Strategi dan Kehidupan

November 2nd, 2008

Assalammuaalaikum dan Selamat Sejahtera,

Tajuk kali ini adalah Strategi dan Kehidupan. Tetapi posting kali ini lebih kepada konsep santai jer. Jadi, tak perlulah berkerut yer bila membaca blog ini. Hehehe.

Seperti sedia maklum, Mawi telah membuat satu sidang akhbar mengenai majlis perkahwinan yang akan dilakukannya bersama Ekin. Majlis akan berlangsung pada 20 Disember 2008. Setelah pelbagai spekulasi dan desas desus mengenai Mawi dan Ekin heboh diperkatakan, kini segalanya telah terungkai dengan sebuah jawapan. Bagi saya, bukan mudah untuk menjaga hati semua pihak, tetapi mereka telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk orang sekelilingnya. Kita doakan kebahagiaan untuk mereka berdua. Amin……..

Hot FM kini bakal mengugat Era FM dgn peratusan yang sangat hampir. Ini telah saya jangka kerana diatas kemenangan “anugerah bintang popular” dua penyampai paginya iaitu Fara Fauzana dan Faizal Ismail pada tempoh hari. Untuk pengetahuan semua sejak Hot FM keudara pada hari pertama lagi, saya sudah menjadi pendengar yang setia. Sebenarnya saya juga adalah pendengar setia kedua-dua radio ini akan tetapi lagu yang diputarkan harus lebih segar dan mengikut kehendak pendengar. Tidak semestinya hanya memutar lagu baru, tetapi lagu yang mendapat rating tertinggi mengikut halwa telinga pendengar.

Saya juga pernah memasuki pertandingan di Hot FM iaitu “Hot FM Finding Neo” sekitar tahun 2006. Ketika itu Hot FM masih baru lagi. Tetapi kemenangan tidak berpihak kepada saya tapi dapatlah RM200 gak. Hehehe..

Kini, Kieran pula akan berhijrah dari Era FM ke Hot FM. Adakah Kieran akan memantapkan lagi Hot FM?? Apakah segmen yang mungkin di keudara? Saya menjangkakan Kieran akan diletakkan pada segmen malam mungkin bersama Ikhwan dan Anne. Tetapi mungkin jua akan berlaku sedikit rombakan dan perubahan didalam segmen Hot FM. Bersama kita tunggu pada 3 November 2008 ini.. Layan………..

Didalam Era FM, saya suka mendengar segmen bersama Reza dan Aimee, bagi saya mereka memiliki keserasian berbanding Adi dan Nana. Apa pun siapa dan apa jua bidang kita ceburi, pastinya ada pesaing dan strategi untuk menghadapinya.

Oklah, LAYAN………….

P/S: Bagi anda yang ingin mengetahui cara memasang twitter di blog dengan menggunakan twitter.com, saya ada mengeluarkan sebuah ebook secara percuma. Klik Sini

Terdapat sebuah ebook karya ZulYunus ada dikeluarkan turut secara percuma. Ia mengenai tentang Kedai Internet dan tips menjana pendapatan di internet. Saya sangat rekomenkan kepada anda untuk mendapatkannya kerana ianya percuma. Klik Sini

Alang-alang menyebut perniagaan internet, bagi anda yang ingin membeli perfume original. Ya, 100% original. Boleh membeli secara online dan beritahu saya saja diruangan chatbox yang disediakan seandainya perfume yang diinigini tiada diruang web kami. Insyaallah kami akan pelbagaikan produk yang bermutu dan tulen kedalam laman web kami dimasa akan datang. Kami menerima pembayaran melalui M2U dan kos penghantaran adalah PERCUMA.. Jom ke KedaiMember.com

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat membuat web, design atau apa saja didalam bidang I.T,  sila mesej saya untuk mendapatkan kadar harga yang saya akan kenakan mengikut kehendak anda.

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

September 28th, 2008  Tagged , ,

P/s: Terima Kasih bagi yang ucapkan Hari Jadi kepada saya pada 19/09/1985.. Tahniah jugak kepada Zahir a.k.a Nicknuck sbb jadi org pertama yang ucapkan.. Hahaha

- BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER -